Monday, 11 April 2011

Deskripsi Pengajaran



Kelas akan dimulakan dengan Pra-ujian Bahasa Inggeris dengan para pelajar dikehendaki menjawab satu set soalan yang merangkumi tatabahasa, soalan pemahaman dan penulisan dalam bahasa Inggeris pada sesi pertama pengajaran. Seterusnya, pelajar-pelajar akan melalui beberapa peringkat di dalam sesi pengajaran iaitu:

Peringkat  1:
Pelajar akan didedahkan dengan asas tatabahasa Bahasa Inggeris dan latihan bagi pemahaman pelajar.

Peringkat  2:

Pelajar akan didedahkan dengan frasa-frasa dan perkataan yang biasa digunakan di dalam dialog seharian untuk memantapkan perbendaharaan kata pelajar.

Peringkat 3:
Pelajar akan melakukan latihan perbualan secara individu dan berkumpulan secama pelajar mengikut topik yang disediakan berdasarkan slot.


*Pelajar akan diuji dengan ujian bertulis, lisan dan pemahaman untuk menyukat pencapaian pelajar dari semasa ke semasa.

Untuk pertanyaan lanjut, sila emailkan pertanyaan anda ke : english.tutor.bangi@gmail.com atau hubungi 0122257436. Terima Kasih

No comments:

Post a Comment