Sunday, 25 September 2011

Mengapa Belajar Bahasa Inggeris?



Ini adalah diantara soalan-soalan yang begitu klise, yang mana kebanyakkan daripada kita sudah mengetahui jawapannya. Umum mengetahui bahawa, pengetahuan dalam lebih dari satu bahasa turut berperanan dalam meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan bagi seseorang pencari kerja terhadap pesaing-pesaingnya.
Biarpun sesetengah menganggapnya sebagai prejudis, tetapi itulah yang nampaknya berlaku pada hari ini. 

Belajar Bahasa Inggeris sebenarnya bukan sahaja perlu di dalam bidang pelajaran, tetapi juga dari aspek meningkatkan pengetahuan bagi digunakan di dalam kehidupan seharian. Saban hari, perkembangan teknologi dan maklumat dari luar memaksa kita agar memahami kepekaan komunikasi dua hala yang mana menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantara seperti penggunaan media elektronik dan bahan bercetak.

Antara keistimewaan menggunakan Bahasa Inggeris ialah, ianya meningkatkan keyakinan pihak luar terhadap status si penutur tersebut. Ini kerana, pada pandangan umum, orang yang boleh berbahasa Inggeris seperti mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan berada di dalam kelompok kelas masyarakat tertentu.

Dari sudut fakta sains pula, samada anda sedar ataupun tidak, menguasai lebih dari satu bahasa sebenarnya mengurangkan risiko terhadap penyakit hilang ingatan. Dalam satu kajian yang dijalankan, orang yang menguasai dua bahasa mempunyai jangkamasa lima (5) tahun lebih lewat untuk mengalami penyakit nyanyuk berbanding mereka yang hanya menguasai satu bahasa.

No comments:

Post a Comment