Sunday, 25 September 2011

Mengapa belajar Bahasa Inggeris bersama Cikgu Fahmy?

Di Kelas Malam Pengajian Bahasa Inggeris Bersama Cikgu Fahmy, anda akan didedahkan dengan penggunaan tatabahasa Bahasa Inggeris dengan betul. Nota dan latihan yang mudah untuk difahami disertakan kepada para pelajar sebagai rujukan pada masa lapang. 

Pengetahuan terhadap tatabahasa yang betul dan aplikasi penggunaan yang tepat akan meningkatkan keyakinan para pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. 

Kelas ini juga menyediakan nota-nota yang disediakan khusus bagi meningkatkan perbendaharaan kata para pelajar yang merangkumi dialog-dialog dalam perhubungan sosial dan kerjaya. Kosa kata ini melibatkan lebih daripada 3,000 gabungan perkataan, frasa, klausa, peribahasa dan dialog-dialog yang terpilih. 

Aktiviti juga meliputi latihan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara berkumpulan dan perseorangan, mengikut topik-topik pada slot-slot yang ditetapkan. Ini adalah bagi meningkatkan penguasaan dan latihan aplikasi para pelajar bagi berhubung dengan dunia luar.

Para pelajar juga tidak dibebankan dengan bahan-bahan pengajian tambahan kerana kebanyakkan nota-nota, latihan-latihan dan ujian-ujian akan disediakan sepanjang sesi pengajaran. Kelas ini juga meletakkan kadar yuran bulanan yang mampu disertai oleh segenap lapisan masyarakat iaitu pada kadar harga RM150 sebulan bagi setiap individu. 

Pada pendapat saya, kadar RM150 sebulan tidaklah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan pusat-pusat pengajian bahasa lain yang menetapkan caj pada kadar harga sehingga RM300 sebulan.

Jumlah tersebut juga belum termasuk bagi harga modul atau buku-buku yang perlu dibeli bagi digunakan sewaktu aktiviti pengajian dan pembelajaran. Selain itu, Kelas Malam Pengajian Bahasa Inggeris Bersama Cikgu Fahmy juga diadakan pada hari-hari biasa (Isnin/Selasa & Rabu/Khamis) dan malam minggu (Jumaat/Sabtu) bagi memberi ruang kepada pelajar-pelajar memilih slot-slot bagi hari yang bersesuaian dengan mereka. 

Antara kemudahan lain yang terdapat di sini adalah suasana persekitaran kelas yang selesa, bersih dan tenang daripada gangguan, tempat meletak kenderaan yang luas, surau dan kedudukannya yang strategik di Bandar Baru Bangi.

Kelas juga diadakan selama dua (2) jam bagi setiap sesi bagi memastikan objektif pelajar tercapai. Aktiviti juga dibentuk agar sesi pengajian menjadi menyeronokkan dan tidak membosankan. Tempoh kursus yang dibuat dalam masa tiga (3) bulan juga tidak terlalu panjang bagi membuatkan pelajar tidak terikat dengan kelas pengajian ini dalam tempoh yang lama.



No comments:

Post a Comment