Sunday, 25 September 2011

Objektif & Hasil Pembelajaran 'Kelas Malam Bahasa Inggeris Bersama Cikgu Fahmy'.

Objektif Pembelajaran:

1. Meningkatkan penguasaan tatabahasa Bahasa Inggeris pelajar.

2. Meningkatkan perbendaharaan kata para pelajar.

3. Meningkatkan keyakinan dan kemahiran pelajar di dalam berkomunikasi dan menulis bahan dalam Bahasa Inggeris.


Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Menguasai lebih daripada 40 pecahan subtopik bagi tatabahasa Bahasa Inggeris bagi digunakan di dalam kehidupan seharian.

2. Memperolehi sebanyak 2,000 perbendaharaan kata yang terdiri daripada gabungan perkataan, frasa, klausa, peribahasa dan ayat dalam Bahasa inggeris yang biasa digunakan di dalam kehidupan sosial dan kerjaya pelajar.

3. Memadankan penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang telah dipelajari dengan betul dan mengikut konteks.

No comments:

Post a Comment