Bahasa Inggeris adalah bermula di Britain, melalui pelbagai perubahan demi perubahan, seawal zaman Willian the Conqueror hinggalah kini, dimana ianya mempunyai pelbagai variasi di setiap benua dunia. Standard British English (BrE) yang digunapakai sekarang adalah dipercayai tidak mengalami banyak perubahan jika dibandingkan dengan 200 tahun yang lalu. Ini berbeza dengan American English (AmE) yang telah mengalami perubahan yang sangat pesat, baik daripada kaedah sebutannya, ejaan perkataannya mahupun istilah-istilahnya. Bagi membezakan mereka dengan penutur asal (British), istilah-istilah dicipta, sebutan-sebutan ditukar, ejaan-ejaan diringkaskan bagi menggambarkan bahawa Amerika wujud sebagai sebuah negara bangsa yang tersendiri. American English (AmE) adalah antara variasi Bahasa Inggeris yang paling dominan di dunia pada hari ini.
Di Malaysia, biarpun kita berpandukan kepada Standard British English (BrE) sebagai rujukan bagi digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah, pengaruh American English (AmE) tidak dapat ditolak lantaran pengaruh variasi itu di dalam media yang terlalu dominan di sini. Lantaran itu, wujudlah Standard Malaysia English (MyE) yang terhasil daripada paduan kedua-dua variasi tersebut, yang mana mengikut kecenderungan kepada Standard British English (BrE) dalam struktur tatabahasa dan ejaannya tetapi mengikut kecenderungan kepada American English dari sudut sebutan dan loghatnya.
Sangat bersifat ironi jika seseorang itu mendakwa bahawa dia menggunakan Standard British English (BrE) sepenuhnya jika sebutan dan loghat yang digunakan adalah dari American English (AmE). Timbul persoalan di sini, apakah pengaruh sistem tulisan dan ejaan yang perlu digunakan jika menggunakan Bahasa Inggeris di Malaysia dalam konteks urusan rasmi? Apakah tidak boleh digunakan pengaruh AmE di dalam penyediaan bahan bertulis di dalam urusan rasmi?
Bagi saya, ini bukanlah satu persoalan yang besar. Jika ditanya oleh para pelajar saya akan soalan ini, saya akan menjawab bahawa kedua-duanya adalah dibolehkan asalkan tidak bercampur-aduk diantara kedua-duanya sewaktu penyediaan bahan bertulis tersebut. Maksudnya, jika sudah ditetapkan untuk menggunakan BrE, maka gunakanlah BrE dalam keseluruhan bahan bertulis tersebut. Jika ingin menggunakan AmE, maka gunakanlah AmE sahaja di dalam keseluruhan bahan bertulis tersebut.
Saya pula, sukakan variasi ini, iaitu menggunakan loghat AmE dan menulis menggunakan BrE. Menggunakan loghat AmE bukanlah pelik kerana 95% daripada bahan pengetahuan ataupun berunsur hiburan dalam Bahasa Inggeris di sini adalah berasal daripada bumi Amerika. Perhatikanlah filem-filem Hollywood, iklan-iklan dan juga muzik-muzik yang dibawakan dari negara itu. Jarang sangat kita terdedah dengan filem-filem, iklan-iklan dan muzik-muzik dari Britain. Jika disuruh menyebut nama-nama karyawan hiburan dari sana, agak sukar rasanya untuk disenaraikan.
Timbul persoalan di sini, adakah sistem pendidikan negara kita menggunakan BrE sebagai satu rujukan standard disebabkan oleh pengaruh daripada penjajahan negara kita daripada negara itu?
Jika ditinjau di mana-mana negara sekalipun, hampir kesemuanya akan menggunakan Standard British English (BrE) sebagai rujukan standard dalam sistem pendidikan mereka. Apakah kerana BrE itu dianggap standard, maka yang lainnya dianggap tidak standard? Siapa pula yang menetapkan sesuatu variasi bahasa itu sebagai standard dan tidak standard?

Sebenarnya, tiada. British English (BrE) dianggap standard adalah disebabkan oleh penerimaan masyarakat dunia secara keseluruhannya. Jika 50 tahun yang akan datang, masyarakat mula memberi fokus kepada American English (AmE) sebagai sesuatu yang standard, maka British English (BrE) akan menjadi tidak standard lagi. Jadi, mengapa American English (AmE) tidak digunakan di sekolah-sekolah secara meluas?
Jawapannya adalah kerana, setiap pemerintah di semua negara mahu dilihat sebagai memberikan satu sistem pendidikan yang terbaik kepada rakyat mereka. Lantaran itu, British English (BrE) yang dianggap sebagai satu variasi yang standard, digunapakai dalam kebanyakkan negara di dalam urusan-urusan rasmi dan dalam sistem pendidikan. Jika masyarakat dunia menerima variasi American English (AmE) sebagai sesuatu yang standard dalam masa 50 tahun yang akan datang, sistem pendidikan di kebanyakkan negara akan beralih menggunakan variasi bahasa itu di dalam sistem pendidikan negara mereka sejajar dengan penerimaan masyarakat dunia sewaktu itu.

No comments:
Post a Comment